Friday 8 September 2017

APA ITU EKZEMA?

Bila orang cakap eczema dah jadi 'trend', cik lina terdiam sekejap. Kenapa sekarang ni, banyak kita dengar baby banyak kena eczema. Dari ruam pipi sikit, sehinggalah seluruh badan. Kesian sangat. Kulit kering, baby menggaru sampai berdarah- darah dan of course, kita sebagai ibu risau memanjang sampai kualiti tidur pun tiada.

Sebab tu, dalam blog ni, cik lina nak kongsi banyak tips - tips pasal eczema. Supaya ibu-ibu yang risau memanjang ni, tak perlu runsing dah. Kita belajar sama- sama bagaimana ingin mengawal eczema nak.

Sebelum itu, cik lina nak kongsi apa itu ekzema. Kalau orang biasa selalu anggap eczema di sejenis penyakit kulit. Tapi cik lina tak suka highlight "penyakit". Sebenarnya eczema ni  adalah satu kondisi kulit yang sangat sensitif. Dan bila is tengah aktif, keradangan (inflammation) kulit akan berlaku.  Jadi ia menyebabkan kulit merah-merah, gatal-gatal, kering dan kadang-kadang nampak macam lepuh.

Ekzema ni ada banyak jenis, tapi yang popular ada 2 jenis; iaitu Ekzema Atopik dan Contact dermatitis.

1. Ekzema Atopik :

Jenis disebabkan masalah dari dalam badan tau; maknanya memang lahir-lahir dah ada ekzema atopik. Jadinya, kulit jadi lebih sensitif dan cenderung untuk merah dan keradangan dari semasa ke semasa. Maknanya akan muncul selalulah..

2. Contact dermatitis:

Jenis ni adalah disebabkan faktor luaran seperti persekitaran dan bahan-bahan yang digunakan pada kulit. So, asalnya bukan lah lahir-lahir ada ekzema tetapi oleh kerana kulit adalah sensitif, kenalah berhati-hati dalam penggunaan produk. Bahan seperti SLS, SLE, parabens dan bahan kimia yang kononnya ‘selamat’ digunakan, sebenarnya tidak elok untuk pesakit ekzema kerana ia akan menyebabkan keradangan kulit, merah-merah, kering dan gatal.

From time to time, cik lina akan kongsi lebih banyak lagi info tentang eczema ye. Harap boleh follow blog ni 😊

#KulitKering #Ekzema #Eczema #RadangKulit #Eczy #BuatanMalaysia


2 comments:

  1. Saya ada dermatitis. Memang problem cari bahan2 untuk kegunaan harian. Maybe saya contact dermatitis sebab takleh kena panas dan berpeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anis Azalea. samalah kita. bila panas dan berpeluh, memang menjadi la gatalnya. uhuhuh. boleh kawal je.

      Delete