Showing posts with label ekzema. Show all posts
Showing posts with label ekzema. Show all posts

Monday, 25 September 2017

AIR DAUN POKOK DURIAN BELANDA REDAKAN EKZEMA




AIR DAUN POKOK DURIAN BELANDA REDAKAN EKZEMA


Betulke air daun durian belanda boleh meredakan ekzema. 

So Mummy Lina buat research sikit.

Memang betul! Daun durian belanda ada agen anti radang yang sangat tinggi. Insha allah, memang surut kulit ekzema tu.

Cara-caranya:

1. Ambil beberapa helai daun dari pokok durian belanda.

2. Blend daun tersebut (guna sikit je air) supaya jadi pes.

3. Lumur atas kulit anak.

4. Jangan lupa selawat sekali 😊

Ada sesiapa pernah cuba? Boleh kongsi pengalaman? 

#note jangan lupa sapu pelembap eczy.  Supaya kelembapan akan meresap ke dalam kulit.  

#soursopleaves #ekzema #eczema #rawatekzema #pulihekzema #anakekzema



Thursday, 21 September 2017

BEDAK BAHAYA UNTUK ANAK ECZEMA?


BEDAK BAHAYA UNTUK ANAK ECZEMA? 

Bila baby lahir je, mummies mesti teruja nak letak bedak di seluruh badan, kawasan lampin dan bahagian muka. Ye la, nak baby bau wangi. Baru best peluk cium. Kemudian, ruam-ruam pun naik😭😭

Bedak commercial memang a BIG NO untuk anak/sesiapa yang mempunyai masalah ekzema dan kulit kering. Bedak ni akan absorb kelembapan kulit dan yang tinggal nanti kulit yang kering bertambah kering πŸ˜“

Wangian tu pula, bukan natural tau! Wangian sintetik 😭.

Sila stop ye mummies. 

Kak lina ada dengar bedak berubat, sebab mak mertua kak lina pernah belajar buat bedak dari scratch. Ambil masa berbulan untuk bedak tu boleh di guna. Bahan-bahan pun yang natural je. Wallahualam. Sekiranya bedak itu memberi kelembapan kepada kulit, Mungkin boleh patch test.

Tapi jangan sampai dah melarat, baru nak stop Pakai πŸ˜…

#pulihekzema #rawatekzema #ekzema #eczema #panduanekzema



Tuesday, 19 September 2017

BAHAYA STEROID



Seramkan bila guna banyaknya bahan steroid.  Kalau asyik sapu steroid, kulit akan menipis dan toksik terperap dalam lapisan kulit.  Memang cepat licin,  tapi bila radang balik,  jadi lebih lebih lebih teruk.  

Mummy Lina nak bantu ramai anak eczema.  Boleh check first comment ya.

#krimeczema #krimruambayi #krimruam #rawatantanpasteroid #krimtanpasteroid #codseremban #krimbayi #krimorganik
#krimpelembapeczema #eczema #ekzema #eczemamalaysia



Tuesday, 12 September 2017

SELAMATKAH BAHAN HOMEMADE UNTUK ECZEMA ???


"How do you know, your homemade product works well to your customer? Give me sample, I insist to investigate!" #GULP

Ini soalan mula-mula Prof Madya Dr Norayati [President of Infection Control Association of Malaysia], tanya bila first time cik lina ceritakan produk keluaran ECZY masa mula-mula dulu.

Memang batch ECZY balm yang memula dulu #homemade dan Cik lina belajar dari Sensei Cina dari Taiwan.

Masa tu, terketar juga hati ni. Memang feedback sangat positif (cik lina pun eczema sufferer) tapi cik lina tak pernah check kat lab.

" You tahu tak, apa itu infection, chemical reaction, health risk dan bla bla bla" tanya beliau lagi.

Aduhh, payah nak jawab.

Cik lina start process dari awal. Prof madya Dr Norayati check and run some test. Lepas seminggu, kami meeting lagi.

Produk kamu okay, but I have recommendation to make your product better and international standard macam produk B** and M** dari Aussie tu. Tapi kekal #ORGANIC dan #NATURAL.

Dari situ, kami kaji lebih dalam lagi dan buat improvement. Sekarang, kesan makin cepat dan bagus sangat untuk merawat dan melembapkan kulit anak #ECZEMA dan anak #G6PD sangat sesuai dengan ECZY.

Alhamdulillah, syukur sangat, Allah temukan cik lina dengan orang yang hebat-hebat, bantu cik lina untuk bantu lebih ramai anak-anak eczema. Yang penting produk cik lina guaranteed selamat.

Feedback customer makin bertimbun beribu-ribu lemon. Mana-mana yang ambil patch test, confirm order! Alhamdulillah..

Sekarang pun ramai yang approach cik lina nak jadi agent. Semoga Allah rahmati usaha cik lina dan #teamciklina. Amin.

#NOTE1 ECZY bukan produk cap ayam tepi jalan. Kami ada team lab sendiri, team chemist sendiri dan team research sendiri.

#NOTE2 ada ke kenalan mummies yang ada eczema?



Monday, 11 September 2017

TANDA-TANDA ECZEMA




Tanda-tanda Eczema?

1) Kulit Kering &Mengelupas.
2) Kulit Bersisik
3) Kulit Kemerah-merahan kerana menggaru. Jika menggaru terlalu teruk,boleh mengakibatkan pendarahan pd kawasan yg di garu.
4) Terdapat Lepuhan yg terbentuk.
5) Bagi golongan kanak-kanak dan dewasa,ia kerap berlaku di belakang lutut,pelipat siku & buku lali. 

Jadi adakah anak Mommies atau Mommies sendiri mempunyai tanda-tanda Eczema seperti dia atas?

Nak #COD ECZY di tempat uols?

1. KL & Putrajaya 016-2601696 (Nurul)

2. Puchong 018-3620546 (Zaki)

3. Melaka 012-3296924 (Daud) 

Atau ke Baby Shop πŸ‘‡πŸ»

1. Bangi Sentral 013-4004757 (MamaYayaZone )

2. Setia Alam  012-3449344 (Babiesmall) 


#eczema #eczy #krimpelembapeczema #krimruam #krimbayi #eczemamalaysia #ekzema #seremban



Friday, 8 September 2017

SUKA, DUKA & RINTANGAN ANAK EKZEMA



Perjalanan mengharungi kehidupan bersama anak anak kecil. 

Alhamdulillah, anak anak mamalinda membesar dengan jayanya. Kalau tak cukup tidur, jadi hijau, haaa itu perkara biasa kan. 

Ya Allah, seronoknya anak ramai ni.macam macam ragam.pergi mana mana pun orang tengok pun boleh gembira sangat tengok telatah anak anak. 

Kalau budak buat 'baik' tu biasa lah kan. Tapi yang baik tu lah mendewasakan anak anak kita. Nak marah pun tak guna kan, kita boleh nasihat cakap baik baik. Lama lama mesti ok. 

Salah satu mamalinda kena hadapi menjaga anak anak ni, masalah kulit kering. Anak pertama, faliq. Dia ada kulit kering ni sejak umur 3 tahun. Naik kat leher paling teruk. Sampai menebal dan luka. 

Anak yang kedua dan ketiga, firas dan fawwaz awalannya tiada masalah kulit. Sebab mereka lebih cenderung kena semput/lelah. Tapiii.. Bila dah hilang lelahnya tu. Kini naik pula gatal gatal ruam tu. 

Si kecil pula, my princess cecomel lote baget kiut tu kini baru nampak naik gatal gatal... 

😫😫😫 aduhaiii sedih nya la haii.. 

Yerlah muka da cecomel da... Tang kulit pula. 
Tapi mamalinda tak melantun. Sebab mamalinda yakin dan percaya ekzema ni boleh dikawal. 

Macam ekzema faliq, ada pasang surut dia. Kalau aktif berpeluh, panas sangat, makan telur memang lambat nk turun. Makan masa seminggu dua untuk kulit licin semula. 

Seronokkk sangat tengok kulit jadi licin dan bersih. Tapiii... Mamalinda mmg sentiasa standby eczy balm untuk kawalan ekzema. Sebab ekzema ni akan naik, bukan apa. Kadang kala as a parents mamalinda mungkin akan terlepas pandang aktiviti sekolahnya, makanan di luar, atau kawasan yg berhabuk. Sadisss kan.

Adik adik yang masih pakai pampers pula, bila naik ruam lampin. Mamalinda kerap sapukan balm. 

Salah satu tips mamalinda, pastikan ada eczy balm untuk mengawal dan merawat kulit ekzema anak anak mamalinda.

Sapalah yang taksayang anak oiii, cuba habaq maiii ckit. 

Alhamdulillah. Perjalanan eczy balm kini sudah melebarkan sayap seluruh malaysia. Selain eczy balm dan bath upgrade lebih baik, eczy balm juga ada KKM. 

Inginkan mencari alternatif merawat dan mengawal ekzema secara semulajadi boleh pilih eczy sebab eczy ni 100% organik dan natural. 

#eczy #ekzema #eczema #ceritamamalinda #anakkecil #kulitkering #bangi #serdang #putrajaya #seremban #agen #kedaibayi #mamayayazone #babiesmall




APA ITU EKZEMA?

Bila orang cakap eczema dah jadi 'trend', cik lina terdiam sekejap. Kenapa sekarang ni, banyak kita dengar baby banyak kena eczema. Dari ruam pipi sikit, sehinggalah seluruh badan. Kesian sangat. Kulit kering, baby menggaru sampai berdarah- darah dan of course, kita sebagai ibu risau memanjang sampai kualiti tidur pun tiada.

Sebab tu, dalam blog ni, cik lina nak kongsi banyak tips - tips pasal eczema. Supaya ibu-ibu yang risau memanjang ni, tak perlu runsing dah. Kita belajar sama- sama bagaimana ingin mengawal eczema nak.

Sebelum itu, cik lina nak kongsi apa itu ekzema. Kalau orang biasa selalu anggap eczema di sejenis penyakit kulit. Tapi cik lina tak suka highlight "penyakit". Sebenarnya eczema ni  adalah satu kondisi kulit yang sangat sensitif. Dan bila is tengah aktif, keradangan (inflammation) kulit akan berlaku.  Jadi ia menyebabkan kulit merah-merah, gatal-gatal, kering dan kadang-kadang nampak macam lepuh.

Ekzema ni ada banyak jenis, tapi yang popular ada 2 jenis; iaitu Ekzema Atopik dan Contact dermatitis.

1. Ekzema Atopik :

Jenis disebabkan masalah dari dalam badan tau; maknanya memang lahir-lahir dah ada ekzema atopik. Jadinya, kulit jadi lebih sensitif dan cenderung untuk merah dan keradangan dari semasa ke semasa. Maknanya akan muncul selalulah..

2. Contact dermatitis:

Jenis ni adalah disebabkan faktor luaran seperti persekitaran dan bahan-bahan yang digunakan pada kulit. So, asalnya bukan lah lahir-lahir ada ekzema tetapi oleh kerana kulit adalah sensitif, kenalah berhati-hati dalam penggunaan produk. Bahan seperti SLS, SLE, parabens dan bahan kimia yang kononnya ‘selamat’ digunakan, sebenarnya tidak elok untuk pesakit ekzema kerana ia akan menyebabkan keradangan kulit, merah-merah, kering dan gatal.

From time to time, cik lina akan kongsi lebih banyak lagi info tentang eczema ye. Harap boleh follow blog ni 😊

#KulitKering #Ekzema #Eczema #RadangKulit #Eczy #BuatanMalaysia