Showing posts with label organik. Show all posts
Showing posts with label organik. Show all posts

Monday, 25 September 2017

AIR DAUN POKOK DURIAN BELANDA REDAKAN EKZEMA




AIR DAUN POKOK DURIAN BELANDA REDAKAN EKZEMA


Betulke air daun durian belanda boleh meredakan ekzema. 

So Mummy Lina buat research sikit.

Memang betul! Daun durian belanda ada agen anti radang yang sangat tinggi. Insha allah, memang surut kulit ekzema tu.

Cara-caranya:

1. Ambil beberapa helai daun dari pokok durian belanda.

2. Blend daun tersebut (guna sikit je air) supaya jadi pes.

3. Lumur atas kulit anak.

4. Jangan lupa selawat sekali 😊

Ada sesiapa pernah cuba? Boleh kongsi pengalaman? 

#note jangan lupa sapu pelembap eczy.  Supaya kelembapan akan meresap ke dalam kulit.  

#soursopleaves #ekzema #eczema #rawatekzema #pulihekzema #anakekzema



Thursday, 21 September 2017

BEDAK BAHAYA UNTUK ANAK ECZEMA?


BEDAK BAHAYA UNTUK ANAK ECZEMA? 

Bila baby lahir je, mummies mesti teruja nak letak bedak di seluruh badan, kawasan lampin dan bahagian muka. Ye la, nak baby bau wangi. Baru best peluk cium. Kemudian, ruam-ruam pun naik😭😭

Bedak commercial memang a BIG NO untuk anak/sesiapa yang mempunyai masalah ekzema dan kulit kering. Bedak ni akan absorb kelembapan kulit dan yang tinggal nanti kulit yang kering bertambah kering πŸ˜“

Wangian tu pula, bukan natural tau! Wangian sintetik 😭.

Sila stop ye mummies. 

Kak lina ada dengar bedak berubat, sebab mak mertua kak lina pernah belajar buat bedak dari scratch. Ambil masa berbulan untuk bedak tu boleh di guna. Bahan-bahan pun yang natural je. Wallahualam. Sekiranya bedak itu memberi kelembapan kepada kulit, Mungkin boleh patch test.

Tapi jangan sampai dah melarat, baru nak stop Pakai πŸ˜…

#pulihekzema #rawatekzema #ekzema #eczema #panduanekzema



Tuesday, 19 September 2017

BAHAYA STEROID



Seramkan bila guna banyaknya bahan steroid.  Kalau asyik sapu steroid, kulit akan menipis dan toksik terperap dalam lapisan kulit.  Memang cepat licin,  tapi bila radang balik,  jadi lebih lebih lebih teruk.  

Mummy Lina nak bantu ramai anak eczema.  Boleh check first comment ya.

#krimeczema #krimruambayi #krimruam #rawatantanpasteroid #krimtanpasteroid #codseremban #krimbayi #krimorganik
#krimpelembapeczema #eczema #ekzema #eczemamalaysia



Monday, 18 September 2017

ALLERGIC, RUAM, KERADANGAN KULIT & ASMA


Sebelum kita beli barang dapur atau makanan,  jom kita check list ni.  Ada tak senarai bahan-bahan ni? 😌

Bahan tambahan yang ada dalam makanan ni,  tugasnya adalah untuk menyedapkan makanan,  memekatkan kuah / sos atau bagi 'warna' yang nampak menyelerakan.

Bagi seseorang yang antibodi kuat,  bolehlah makan sekali sekala πŸ™„ tapi bagi ibu yang breastfeed?  Atau anak kecil?  Jangan sesekali tau.

Ia akan Effect pada kulit anak yang ada ekzema.  Sebabtu lah,  rashes tu asyik tak mau hilang.

Mummy Lina nak pesan ni,  makan real food.  Ayam,  daging,  sayur-sayuran dan buah-buahan.  Elak makan processed food.

#ekzema #eczema #rawatekzema



Friday, 15 September 2017

GATAL EKZEMA ANAK ANAK



Baik baik sungguh anak mamalinda ni. Ada tak kalangan mummies yg kt ofis tu dah scroll gambar sebab da start rindu kat anak - anak?

Kita satu geng lah. Sep sikit. Anak mamalinda ni cecomel kan.. Jom share anak mummies jugak. Moment plg latest yg sempat mamalinda bawa hangout. Happy sgt.

Mmg mamalinda bawa keluar anakanak pakai baju yg selesa dan nipis. Budak kan suka main berlari sana sini. Budak ada kulit sensitif ekzema ni kan len macam merenyam (gatal) dia. Kan kann..

Siapa setuju??

Mamalinda mmg takkan lupa sapukan eczy balm.

Mummies pun patut ada tau.


#eczy #ekzema #eczema #balm #hotmummyeczy #mummyeczy #mummycuba #mamalinda #bangi #mamayayazone #putrajaya #seremban



Thursday, 14 September 2017

ECZY GUNA BAHAN ORGANIK UNTUK MERAWAT EKZEMA



Ini lah rupa dalam ECZY Dermatouch Balm. Bahan utama dalam ECZY Dermatouch Balm adalah Minyak biji bunga matahari dan daun comfrey. Tujuan utamanya adalah untuk merawat keradangan dalam kulit serta melembutkan kulit yang kering. 


Bagi anak yang ada eczema, memang wajib gunakan bahan yang 100% Natural dan Organik. Bukan apa,itu lebih menjaminkan keselamatan dan keserasian pada kulit anak. BUANG KRIM STEROID JAUH! Sebab krim steroid boleh menipiskan kulit anak dan menghakis kulit anak sekiranya tiada ilmu penggunaannya. Hanya baik sekejap je, nanti akan jadi lebih teruk eczema anak tau.

Cik lina akan berkongsi bahaya steroid bagi penggunaan berterusan di post - post yang akan datang ye. Tolong follow blog cik lina ye  πŸ˜‰

#krimeczema #krimruambayi #krimruam #rawatantanpasteroid #krimtanpasteroid #codseremban #krimbayi #krimorganik
#krimpelembapeczema #eczema #ekzema #eczemamalaysia



Tuesday, 12 September 2017

PANTANG SIRAP IA BAHAYA UNTUK ECZEMA


AIR SIRAP BAHAYA UNTUK ANAK EKZEMA!!

Memang bahaya. Kalau kita pening kenapa kesihatan anak tak elok2, puncanya sebab pemakanan kita. Kita ajar anak minum gula, ajar anak minum colouring, ajar anak minum benda sintetik. .
Ya, air sirap memang tiada khasiat. Langsung tiada khasiat!!!

Kecuali, infuse daun pandan, tak perlu letak gula, tak perlu letak perwarna. Agak2, jadi air sirap tak? πŸ˜‚πŸ˜‚

P/s: baru Nampak ada mummies ni bagi anak dia minum air sirap. Dan anak dia ekzema yang kronik. 


#ekzema #rawateczema #rawatekzemasemulajadi #eczema #babyeczy #eczy


Monday, 11 September 2017

PRODUK ORGANIK BERKESAN MENGHILANGKAN ECZEMA


Cik lina ni suka buat research (sebab itu cik lina ni masih study lagi).
Cik lina cuba cari minyak pelembap yang terbaik khas untuk baby baru lahir atau baby bawa 6 bulan.

Then, cik lina search di UiTM (dihatiku) library database dan terjumpa artikel daripada Dr Gary Darmstadt. Beliau menekankan minyak biji bunga matahari adalah pelembap paling efisyen, paling stabil (komposisi) dan paling selamat digunakan untuk newborn baby.

Selain itu, minyak biji bunga matahari ni kaya dengan vitamin E, agen anti radang paling tinggi dan bantu memperbaharui sel-sel kulit rosak.

Sebab tu, bila guna minyak biji bunga matahari ini, kulit jadi soothing dan lembut ja.

#eczy #eczema #rawateczema #ekzema #kulitkering #kulitgatal #keradangankulit #kulitradang #inflammation #ruampipi #ruambayi

Friday, 8 September 2017

SUKA, DUKA & RINTANGAN ANAK EKZEMA



Perjalanan mengharungi kehidupan bersama anak anak kecil. 

Alhamdulillah, anak anak mamalinda membesar dengan jayanya. Kalau tak cukup tidur, jadi hijau, haaa itu perkara biasa kan. 

Ya Allah, seronoknya anak ramai ni.macam macam ragam.pergi mana mana pun orang tengok pun boleh gembira sangat tengok telatah anak anak. 

Kalau budak buat 'baik' tu biasa lah kan. Tapi yang baik tu lah mendewasakan anak anak kita. Nak marah pun tak guna kan, kita boleh nasihat cakap baik baik. Lama lama mesti ok. 

Salah satu mamalinda kena hadapi menjaga anak anak ni, masalah kulit kering. Anak pertama, faliq. Dia ada kulit kering ni sejak umur 3 tahun. Naik kat leher paling teruk. Sampai menebal dan luka. 

Anak yang kedua dan ketiga, firas dan fawwaz awalannya tiada masalah kulit. Sebab mereka lebih cenderung kena semput/lelah. Tapiii.. Bila dah hilang lelahnya tu. Kini naik pula gatal gatal ruam tu. 

Si kecil pula, my princess cecomel lote baget kiut tu kini baru nampak naik gatal gatal... 

😫😫😫 aduhaiii sedih nya la haii.. 

Yerlah muka da cecomel da... Tang kulit pula. 
Tapi mamalinda tak melantun. Sebab mamalinda yakin dan percaya ekzema ni boleh dikawal. 

Macam ekzema faliq, ada pasang surut dia. Kalau aktif berpeluh, panas sangat, makan telur memang lambat nk turun. Makan masa seminggu dua untuk kulit licin semula. 

Seronokkk sangat tengok kulit jadi licin dan bersih. Tapiii... Mamalinda mmg sentiasa standby eczy balm untuk kawalan ekzema. Sebab ekzema ni akan naik, bukan apa. Kadang kala as a parents mamalinda mungkin akan terlepas pandang aktiviti sekolahnya, makanan di luar, atau kawasan yg berhabuk. Sadisss kan.

Adik adik yang masih pakai pampers pula, bila naik ruam lampin. Mamalinda kerap sapukan balm. 

Salah satu tips mamalinda, pastikan ada eczy balm untuk mengawal dan merawat kulit ekzema anak anak mamalinda.

Sapalah yang taksayang anak oiii, cuba habaq maiii ckit. 

Alhamdulillah. Perjalanan eczy balm kini sudah melebarkan sayap seluruh malaysia. Selain eczy balm dan bath upgrade lebih baik, eczy balm juga ada KKM. 

Inginkan mencari alternatif merawat dan mengawal ekzema secara semulajadi boleh pilih eczy sebab eczy ni 100% organik dan natural. 

#eczy #ekzema #eczema #ceritamamalinda #anakkecil #kulitkering #bangi #serdang #putrajaya #seremban #agen #kedaibayi #mamayayazone #babiesmall




APA ITU EKZEMA?

Bila orang cakap eczema dah jadi 'trend', cik lina terdiam sekejap. Kenapa sekarang ni, banyak kita dengar baby banyak kena eczema. Dari ruam pipi sikit, sehinggalah seluruh badan. Kesian sangat. Kulit kering, baby menggaru sampai berdarah- darah dan of course, kita sebagai ibu risau memanjang sampai kualiti tidur pun tiada.

Sebab tu, dalam blog ni, cik lina nak kongsi banyak tips - tips pasal eczema. Supaya ibu-ibu yang risau memanjang ni, tak perlu runsing dah. Kita belajar sama- sama bagaimana ingin mengawal eczema nak.

Sebelum itu, cik lina nak kongsi apa itu ekzema. Kalau orang biasa selalu anggap eczema di sejenis penyakit kulit. Tapi cik lina tak suka highlight "penyakit". Sebenarnya eczema ni  adalah satu kondisi kulit yang sangat sensitif. Dan bila is tengah aktif, keradangan (inflammation) kulit akan berlaku.  Jadi ia menyebabkan kulit merah-merah, gatal-gatal, kering dan kadang-kadang nampak macam lepuh.

Ekzema ni ada banyak jenis, tapi yang popular ada 2 jenis; iaitu Ekzema Atopik dan Contact dermatitis.

1. Ekzema Atopik :

Jenis disebabkan masalah dari dalam badan tau; maknanya memang lahir-lahir dah ada ekzema atopik. Jadinya, kulit jadi lebih sensitif dan cenderung untuk merah dan keradangan dari semasa ke semasa. Maknanya akan muncul selalulah..

2. Contact dermatitis:

Jenis ni adalah disebabkan faktor luaran seperti persekitaran dan bahan-bahan yang digunakan pada kulit. So, asalnya bukan lah lahir-lahir ada ekzema tetapi oleh kerana kulit adalah sensitif, kenalah berhati-hati dalam penggunaan produk. Bahan seperti SLS, SLE, parabens dan bahan kimia yang kononnya ‘selamat’ digunakan, sebenarnya tidak elok untuk pesakit ekzema kerana ia akan menyebabkan keradangan kulit, merah-merah, kering dan gatal.

From time to time, cik lina akan kongsi lebih banyak lagi info tentang eczema ye. Harap boleh follow blog ni 😊

#KulitKering #Ekzema #Eczema #RadangKulit #Eczy #BuatanMalaysia