Showing posts with label masalah kulit. Show all posts
Showing posts with label masalah kulit. Show all posts

Friday, 15 September 2017

5 LANGKAH WAJIB UNTUK MENGAWAL ECZEMA

1. PAKAIAN YANG BERSIH DAN SELESA

Memakai pakaian yang bersih selesa sangat penting. Baju hendaklah longgar dan diperbuat daripada fabrik selesa seperti cotton. 

Elak pakaian ketat dan tebal kerana anak mungkin berpeluh dan peluh (mungkin bertoksik) boleh merangsang eczema untuk naik lebih teruk.

Bagi baby atau anak kecil yang ada eczema, ibu dan ayah perlu lebih prihatin dengan kaedah pencucian pakaian. Jangan simpan baju kotor anak terlalu lama dan guna detergen yang tiada bahan kimia berbahaya atau detergen khusus untuk baby. 

Selalunya kalau detergen ni , memang bahan kimia banyak dan kuat sebab nak mencuci lebih bersih. Tapi kesan bahan tersebut masih ada di baju (yang di basuh). Ia mungkin boleh merangsang eczema anak tau.

2. DIET PEMAKANAN

Diet pemakanan memang faktor utama dalam pengawalan eczema. Cuba fikir semula, mengapa keradangan eczema kerap berlaku? Faktor utama kemungkinan berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat atau tidak keseimbangan diet. Ada kajian yang menyatakan, eczema berpunca daripada usus yang tidak sihat atau usus bocor (leaky guts). Bila usus tidak sihat, pencernaan sempurna tidak berlaku dan ia mengakibatkan sistem daya tahan (sistem imun) lemah. Bila dah lemah, eczema pun cepat nak serang tau.

Hati-hati dengan gluten, stop GULA, elak PROCESSED FOOD dan NO FAST FOOD. 4 benda ni kena pantang. Perasan tak, zaman sekarang ni, macam-macam penyakit yang bertunjangkan 4 makanan tersebut.

Seelok-eloknya, banyak makan ‘real food’ seperti ayam kampung / organic, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Bagi ibu yang menyusukan anak juga kena berpantang makanan tau. Sebab khasiat yang mengalir ke susu ibu itu, adalah berpunca daripada pemakanan ibu. Kalau ibu makan yang tidak berkhasiat, baby pun terkesan sama. Kesian kat baby kita tau.

3. PERSEKITARAN

Habuk sikit je, terus ruam naik. Siapa yang macam ni? Sep sikit. Sebab tu, kebersihan penting. Kena kerap sapu, vacuum dan mop lantai. Memang sangat penat, dan rasa kenapalah habuk ni selalu ada. Kaum ayah, jangan harap kaum ibu je, kena rajin tulang untuk membantu. Kalau anak kena serangan eczema kan susah nanti.

Cadar dan selimut kena sentiasa tukar tau. Berkepam dan banyak bakteria di cadar dan selimut memang bahaya untuk anak eczema. Seeloknya cuci 2 kali seminggu. Kalau boleh, setiap hari. Uhuhuhu.

Elakkan carpet dan barang mainan yang berbulu. Sebab habuk banyak sangat terperangkap di celah-celah bulu tu. Mata kasar memang tak nampak. Tau-tau je dah naik merah.

Elakkan di kawasan yang terlalu kering dan panas tau. Bila peluh dan panas, mesti eczema naik.

4. PENJAGAAN DIRI

Langkah ni sangat penting.Jangan menggunakan sabun atau barangan penjagaan diri yang mempunyai bahan kimia yang berbahaya seperti paraben, SLE, SLES, merkuri dan lain-lain. Bahan kimia berbahaya ni boleh menganggu keseimbangan kulit dan menyebabkan iritasi (rasa gatal pedih dan menggaru).

Kulit eczema ni sangat kering dan meradang. Jadi perlu sentiasa lembapkan kulit dengan pelembap dan mengurangkan kebergantungan pada steroid. Cik lina bukan anti steroid, tapi cik lina dah lihat banyak ibu dan ayah menyalahgunakan krim steroid dengan penggunaan yang berterusan dan berpanjangan. Akibatnya? Kulit makin menipis dan lebih sensitif. Sebab tulah, eczema akan naik lebih teruk selepas penggunaan krim steroid. Baiknya sekejap tetapi datang balik dengan teruk.

Cik lina memang syor sangat untuk menggunakan ECZY Dermatouch Balm. ECZY adalah pelembap yang banyak membantu untuk merawat kulit eczema tanpa steroid dan bahan kimia  bahaya. ECZY ni lalui klinikal test tau dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan (KKM) NOT170500633K. BOLEH CHECKDISINI.

Untuk lebih lanjut, boleh layari ke www.eczy.com.mywww.eczy.com.my atau KLIK DISINI.

5. SIKAP YANG POSITIF

Bersikat positif dan sentiasa happy banyak membantu mengawal eczema. Ya, bersikap positif boleh merembeskan hormone yang baik. Tak ingat pun ada eczema. Hihihi.
Kemudian, kena rajin tau, rajin membersihkan diri dan tangan. Jangan fikir ada orang yang akan jagakan anak kita.

Explain pada keluarga, saudara mara dan kenalan kita tentang pantang larang eczema ni. Jangan cium dan gomol sebarangan kerana mekap dan gincu (kenalan) boleh mengaktifkan eczema dan sentiasa cuci tangan atau guna hand sanitizer sebelum pegang anak kita. Insha allah tiada bakteria yang menyerang nanti.


Selamat mencuba langkah-langkah di atas ye. Sekiranya ada pertanyaan, boleh je komen di bawah J

Friday, 8 September 2017

SUKA, DUKA & RINTANGAN ANAK EKZEMA



Perjalanan mengharungi kehidupan bersama anak anak kecil. 

Alhamdulillah, anak anak mamalinda membesar dengan jayanya. Kalau tak cukup tidur, jadi hijau, haaa itu perkara biasa kan. 

Ya Allah, seronoknya anak ramai ni.macam macam ragam.pergi mana mana pun orang tengok pun boleh gembira sangat tengok telatah anak anak. 

Kalau budak buat 'baik' tu biasa lah kan. Tapi yang baik tu lah mendewasakan anak anak kita. Nak marah pun tak guna kan, kita boleh nasihat cakap baik baik. Lama lama mesti ok. 

Salah satu mamalinda kena hadapi menjaga anak anak ni, masalah kulit kering. Anak pertama, faliq. Dia ada kulit kering ni sejak umur 3 tahun. Naik kat leher paling teruk. Sampai menebal dan luka. 

Anak yang kedua dan ketiga, firas dan fawwaz awalannya tiada masalah kulit. Sebab mereka lebih cenderung kena semput/lelah. Tapiii.. Bila dah hilang lelahnya tu. Kini naik pula gatal gatal ruam tu. 

Si kecil pula, my princess cecomel lote baget kiut tu kini baru nampak naik gatal gatal... 

😫😫😫 aduhaiii sedih nya la haii.. 

Yerlah muka da cecomel da... Tang kulit pula. 
Tapi mamalinda tak melantun. Sebab mamalinda yakin dan percaya ekzema ni boleh dikawal. 

Macam ekzema faliq, ada pasang surut dia. Kalau aktif berpeluh, panas sangat, makan telur memang lambat nk turun. Makan masa seminggu dua untuk kulit licin semula. 

Seronokkk sangat tengok kulit jadi licin dan bersih. Tapiii... Mamalinda mmg sentiasa standby eczy balm untuk kawalan ekzema. Sebab ekzema ni akan naik, bukan apa. Kadang kala as a parents mamalinda mungkin akan terlepas pandang aktiviti sekolahnya, makanan di luar, atau kawasan yg berhabuk. Sadisss kan.

Adik adik yang masih pakai pampers pula, bila naik ruam lampin. Mamalinda kerap sapukan balm. 

Salah satu tips mamalinda, pastikan ada eczy balm untuk mengawal dan merawat kulit ekzema anak anak mamalinda.

Sapalah yang taksayang anak oiii, cuba habaq maiii ckit. 

Alhamdulillah. Perjalanan eczy balm kini sudah melebarkan sayap seluruh malaysia. Selain eczy balm dan bath upgrade lebih baik, eczy balm juga ada KKM. 

Inginkan mencari alternatif merawat dan mengawal ekzema secara semulajadi boleh pilih eczy sebab eczy ni 100% organik dan natural. 

#eczy #ekzema #eczema #ceritamamalinda #anakkecil #kulitkering #bangi #serdang #putrajaya #seremban #agen #kedaibayi #mamayayazone #babiesmall